Monday, January 16, 2012

Mengimbau detik2 nak kawen ;D


4 hb Februari 2012....alhamdulillah...genap 1 taun kami menikah...ihik! bermula la episod sebagai kekasih halal..^^

rse mcm nk ulang tayang je time majlis kawen ni..

jeng3.......

GABRA bibie.. depan tok kadi...*xpnah plak tgk bibie serius cmni huahahah*
aku plak sibuk duk bergambo time ni muhahaha..tp sblum tu da bg kata2 semangat n hembus2 al-fatihah dari jauh da...nk bg hilang gabra kn-eceh konoon~ ;p

tgok muke bibie- penuh fokus...hehehe ayah long plak bukan main hendap nk dengar tuhh..hihi
alhamdulillah akhirnya~~~~~~~

"aku terima nikahnya yang tersebut itu" dalam skali napas je...memangla kan...da terang2 ade note kt situ..haha ngelat :p xaci!! haha



DAN SELEPAS ITU....


amboiiyaiii happynye cik abang? ^^ hehe love u!




time ni kononnye acara batalkan air smayang...sarung cincin bla2.. time tu jgk..terdengar anak2 buah aku bising2 duk cakap...." eh2....uncle kish cikna la" mulot melopong menyengih sorang2...kecik2 da pandai..ish budak2 nih...hemph..


yeay officially married da time ni...ihik...



bersalam2 salamn...as husband n wife....










ni muke aku gedik excited ke?? ehehehe sape x excited kawen uiiit hahaha!


Saturday, January 7, 2012

home deco!

yeah...sejak 2 menjak brang3 baby da settle...maknye plak sibuk nk deco umah....kui3...

theme: ijau + putih

huahahaha jgn slah paham...ini tiada kaitan dengan politik yow...hihihihi!

tara~~konon le kononye nk wt camnih.....tp kite cube jimat2 kan kos...jum usha dlu..
















Thursday, January 5, 2012

Tanda-tanda bersalin!

Alert tau!! nenonenoneno~~~ bila masuk 32+ weeks...berjaga2 mode kne ON...so beware..n jgn wt keje berat2 n tingkah laku pon kne slow motion sket...xboleh nk action kamen sgt...especially bila mula2 bangun tido...mengiring dlu...br bangun!

Antara TANDA-TANDANYA:

Kontraksi Rahim yg consistant!
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya.

Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.


Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.


Pecah ketuban
Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.
Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.


Bloody Show
Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.
*** time ni cepat2 pkai PAD, so kite bole monitor mukus yg kuar tu~

Serviks terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.


source: http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/semasa-kelahiran/161-tanda-tanda-bersalin.html

TIPS PENTING!

1-Kalau anda ada pendarahan merah fresh...JGN TUNGGU LAMA..IA BERMAKNA URI ANDA MUNGKIN BERMASALAH SPT KEADAAN URI DI BAWAH, URI TERTANGGAL DARI RAHIM, URI PECAH..SGT BAHAYA!!! SEGERA KE HOSPITAL!!

2-Kalau lendir campur darah..TAKPE LAGI sebab itu tanda2 pangkal rahim terbuka. keadaan ini boleh berlangsung selama 3 hari . kalau dah mengalami kekerapan sakit contraction setiap 15 minit..dah boleh pegi hospital.

3-Manakala kalau air ketuban pecah sendiri di rumah SEGERA KE HOSPITAL! DIKHUATIRI AIR KETUBAN KERING DAN MEMBAHAYAKAN BABY!

4-JIKA ANDA TAK ADA SEBARANG MASALAH SEMASA KEHAMILAN..kalau baru keluar lendir + darah..cuba tunggu dulu tak payah pergi hosp. sebab ini adalah tanda pangkal rahim nak terbuka utk persediaan bersalin..kadang2 ambil masa 3 hari sakit datang dan hilang. Kalau dlm waktu2 tu ada sakit kuat selang 15min sekali barulah pergi hospital.REASON: anak yg first biasanya bukaan pangkal rahim atau OS utk bersalin adalah nisbah 1cm dlm 1jam. NAK BERSALIN BUKAAN OS=10cm. BIASANYA APABILA KITA SAKIT CONTRACTION 15MIN SEKALI BUKAAN LEBIH KURANG 3-4CM..bacaan begini apb anda diperiksa oleh nurse biasanya mereka akan admit anda terus ke labour room..so, anda cuma perlu tunggu 6-7jam shj lagi atau lebih cepat lagi mungkinn 4-5jam shj.

TIPS SIMPLE TAPI YG IBU2 HARUS AMBILKIRA.

bersalin di hosp gov ibu2 kena byk berdikari..caranya

1. bawa kain batik/baju salin dan PAD SECUKUPNYA..kalau pakai baju hosp mintalah dgn mereka.

2. standby PAINKILLER SIAP2..beli sendiri di farmasi..biasanya PONSTAN,PANADOL,CATAFLAM ATAU SYNFLEX..beli salah satu sahaja..ni standby utk tahan sakit luka episotomi bila ubat bius dah hilang kesannya dan perut merengat kerana rahim nak keluarkan darah nifas. Panadol ubat tahan sakit plg basic..yg lain tu lebih kuat.

3.kalau nak pergi bilik air pertama kali lepas keluar dari labour room..JGN TERUS BANGUN..DUDUK DULU TEPI KATIL..GOYANG2KAN KAKI..SUPAYA TEKANAN DARAH LEBIH STABIL..THENBARULAH JALAN PERLAHAN2 KE BILIK AIR.

4. kalau nak mandi tangan air wayar masuk drip..minta nurse berhentikan sekejap..tutupn dulu dgn stopper..barulah senang sikit nak mandi.

5. NI ADVANTAGE KALAU ADA STUDENT NURSE DI WARD. MINTALAH TOLONG MEREKA..BIASANYA NURSE2 PELATIH AKAN BERSEDIA BANTU ANDA.


Tips dr Forum Ratu Hati- dari Nurse Government

Tuesday, January 3, 2012

TIPS MENERAN SEWAKTU BERSALIN!!

Meneran?cm yak2 semelit kah???uwooooo~~

ni lah yang dikatakan perjuangan hidup dan mati di bilik bersalin. yang pasti kite kne tau CARA MENERAN YANG BAIK & BETUL!

Souce: forum2 pregnancy^^

Waktu Mula Meneran
* Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun ke dasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.

Posisi Meneran Yang Tepat
* Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.Kedua tangan memeluk paha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada sebelah kiri ataupun kanan.

Cara Meneran
* Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor akan meminta anda untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil).

Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya anda dapat melihat perut anda.Bagaimanapun ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin selanjutnya.

Di samping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran dengan meneran ‘di leher’ dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.

*tips lagik!
1- nk meneran tu tangan pegang kat buku lali...n kacip gigi untuk memberi kekuatan pada kita...

2-xboleh nangis2 or bunyik suare-nnt abes tenaga kt situ je...

3-time teran baby aka semasa baby keluar tu tahan nafas k..klu tak baby akan masuk balik..(tp kalo xtahan camano?? kalo nk abes nafas, cepat2 tarik napas, ni kot istilah CURI NAFAS ek?)

4- time teran tu jge..jangan fokus kat muka, mean time menran, jangan kerutkan dahi @ muka, kita akan guna lebih tenaga kat muka dan tak fokus kat bahagian bawah.

5-angkat lutut, tapak kaki msti rapat atas tilam. Kalau boleh buka peha (kangkang) lebar sikit, pegang pergelangan kaki (area buku lali)By the time nak meneran, tarik nafas dalam2 dalam teran, jangan sedut balik nafas, nafas kena berterusan, kalau tak baby akan masuk balik.

Amalan-amalan ketika mengandung

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik

2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh

4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin

7. Surah Ayatul Kursi

8. Surah Al-Araaf ayat 189

9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

13. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik

15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

***************************************

Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 - 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra') dalam solat Subuh.

Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.

SURAH AL-HIJ'R (Batu Gunung)
Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.

SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.

SURAH YUSUF (Yusuf)
Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.

Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

SURAH MARYAM (Maryam)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH AS-SAJDAH (Sujud)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.

SURAH LUQMAN (Luqman)
Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

Wallahu a'lam.

Source:http://aidura.blogspot.com/2007/05/amalan-ketika-mengandung.html

Senaman ibu mengandung 7 months +

Senaman antenatal
* membantu anda bertenang sewaktu dalam kesakitan melahirkan anak
* membantu anda mudah bersalin
* mengekalkan kesihatan yang baik
* mengurangkan sembelit, sakit belakang dan keletihan

Mencegah sakit belakang
* letakkan sebelah tangan anda di bawah perut anda dan
* letakkan tangan sebelah lagi di bahagian bawah belakang
* tarik nafas dan angkat ke atas kandungan anda secara perlahan
* pada masa yang sama, tekan punggung anda menghala ke lantai dan
* kembali ke kedudukan asal
* tulang punggung anda sepatutnya bergerak ke hadapan dan ke belakang

Mengendurkan otot-otot pinggang
* duduk dengan menyilangkan kaki (seperti bersila) sambil membongkok sedikit
* tekan lutut anda ke lantai dengan menggunakan tangan dan renggangkan paha
* setelah berehat seketika ulangi semula langkah tadi


Menguatkan tulang punggung dan otot-otot faraj
* baring menelentang
* kempiskan perut anda ke dalam dan
* tekan bahagian belakang anda dan berehat
* rapatkan otot-otot anda seolah-olah anda menahan kencing dan rehat
* lakukan senaman ini perlahan-lahan* boleh dilakukan sambil berdiri atau duduk

Mencegah kekejangan kaki
* baring menelentang
* angkat sebelah kaki anda dan gerakkannya ke atas dan ke bawah
* kemudian pusing mengikut pusingan jam dan sebaliknya
* ulang pada kaki sebelah lagi

Menguatkan otot-otot perut
* baring menelentang sambil mengangkat kepala dan kedua-dua kaki ke atas
* kemudian berehat

Source by: http://hamil.mustaffa.org/senaman-bantu-mudah-bersalin


SENAMAN lAGI!

Senaman ini sedikit sebanyak dapat menyediakan diri anda semasa kelahiran nanti. Beberapa jenis senaman mudah boleh anda amalkan semasa bulan akhir kehamilan dalam menyediakan badan anda untuk proses bersalin.

Senaman Kegel contohnya dapat membantu menguatkan otot vagina seterusnya memudahkan proses bersalin dan mengurangkan koyak pada perenium.

Senaman lain yang dapat mengurangkan tekanan semasa bersalin antaranya adalah:

Tailor Sitting


  • Posisi ini dapat meregangkan otot di paha dan pelvis.

  • Dapat memperbaiki postur badan.

  • Melembutkan sendi pelvic.

  • Memperbaiki peredaran darah ke bahagian bawah badan.
Kaedahnya:


  • Duduk di atas lantai dengan belakang badan anda tegak.

  • Temukan tapak kaki, pastikan lutut anda mencecah lantai.

  • Anda akan terasa regangan pada bahagian dalam paha.

  • Lakukan senaman ini setiap kali anda duduk di lantai.

  • Jika sukar untuk duduk dalam posisi ini, sandar pada dinding dan alas setiap paha anda dengan bantal/kusyen.

Pelvic rock
dapat meregangkan otot-otot di bahagian bawah belakangdapat mengurangkan sakit belakang.

Kaedahnya:


  • KaedahPosisi diri anda dalam keadaan seperti merangkak.

  • Perut/belakang rata.

  • Naikkan perut/belakang anda seperti posisi kedua.

  • Tunggu beberapa saat.Rehatkan perut anda semula, ratakan kedudukan perut/belakang.

  • Ulang beberapa kali, sebaik-baiknya 10 kali.

Wall slide


  • Mencangkung semasa hampir bersalin dapat membantu membuka laluan dengan lebih cepat.

  • Tetapi ia agak meletihkan terutamanya tanpa latihan.

  • Cuba senaman ini sebagai latihan.


Kaedah:



  • Berdiri dan sandar belakang anda pada dinding.

  • Kangkangkan sedikit kaki anggaran jarak bahu anda.

  • Turunkan badan anda ke bawah (slide down) sehingga anda dalam kedudukan seperti duduk di atas kerusi.

  • Tahan beberapa saat.Naik ke atas semula.

  • Ulangi beberapa kali. 10 kali sebaik-baiknya.

  • Anda juga boleh melakukan senaman ini tanpa dinding.

Petua mudah bersalin. InsyaAllah^^

Antara petua-petua yang boleh diamalkan untuk memudahkan kelahiran bayi:

a) Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh kehamilan.

b) Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus

c) Amalkan minum air lebihan suami. ~da kembong da misae, asik abeskan air suami je ;p

(d) Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.

e) Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.

f) Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.

g) Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.

h) Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.mkan yg rebus tu lg elok..wat ulam..nyam3...

i) Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.-camno nk buat ni?huhu kalo minum minyak selusuh BIODEX tu ok x??uuu

j) Bagi kulit bayi yang putih/ bersih - amalkan makan buah epal dan minum susu. Selain meminum air soya.- air soya mnum 7 months + ye..kte org kalo awl2 pregnancy selalu minum nnt baby dikandung ade alahan kulit...wallahu'alam..


k) baca 3 Qul, ayat kursi, selawat, zikrullah nabi yunus n mengucap yg diselang seli....

l) banyakkan naik tangga, excercise kegel n perineal massage * nnt misae update detail excercise2 nih...