Tuesday, January 3, 2012

Senaman ibu mengandung 7 months +

Senaman antenatal
* membantu anda bertenang sewaktu dalam kesakitan melahirkan anak
* membantu anda mudah bersalin
* mengekalkan kesihatan yang baik
* mengurangkan sembelit, sakit belakang dan keletihan

Mencegah sakit belakang
* letakkan sebelah tangan anda di bawah perut anda dan
* letakkan tangan sebelah lagi di bahagian bawah belakang
* tarik nafas dan angkat ke atas kandungan anda secara perlahan
* pada masa yang sama, tekan punggung anda menghala ke lantai dan
* kembali ke kedudukan asal
* tulang punggung anda sepatutnya bergerak ke hadapan dan ke belakang

Mengendurkan otot-otot pinggang
* duduk dengan menyilangkan kaki (seperti bersila) sambil membongkok sedikit
* tekan lutut anda ke lantai dengan menggunakan tangan dan renggangkan paha
* setelah berehat seketika ulangi semula langkah tadi


Menguatkan tulang punggung dan otot-otot faraj
* baring menelentang
* kempiskan perut anda ke dalam dan
* tekan bahagian belakang anda dan berehat
* rapatkan otot-otot anda seolah-olah anda menahan kencing dan rehat
* lakukan senaman ini perlahan-lahan* boleh dilakukan sambil berdiri atau duduk

Mencegah kekejangan kaki
* baring menelentang
* angkat sebelah kaki anda dan gerakkannya ke atas dan ke bawah
* kemudian pusing mengikut pusingan jam dan sebaliknya
* ulang pada kaki sebelah lagi

Menguatkan otot-otot perut
* baring menelentang sambil mengangkat kepala dan kedua-dua kaki ke atas
* kemudian berehat

Source by: http://hamil.mustaffa.org/senaman-bantu-mudah-bersalin


SENAMAN lAGI!

Senaman ini sedikit sebanyak dapat menyediakan diri anda semasa kelahiran nanti. Beberapa jenis senaman mudah boleh anda amalkan semasa bulan akhir kehamilan dalam menyediakan badan anda untuk proses bersalin.

Senaman Kegel contohnya dapat membantu menguatkan otot vagina seterusnya memudahkan proses bersalin dan mengurangkan koyak pada perenium.

Senaman lain yang dapat mengurangkan tekanan semasa bersalin antaranya adalah:

Tailor Sitting


  • Posisi ini dapat meregangkan otot di paha dan pelvis.

  • Dapat memperbaiki postur badan.

  • Melembutkan sendi pelvic.

  • Memperbaiki peredaran darah ke bahagian bawah badan.
Kaedahnya:


  • Duduk di atas lantai dengan belakang badan anda tegak.

  • Temukan tapak kaki, pastikan lutut anda mencecah lantai.

  • Anda akan terasa regangan pada bahagian dalam paha.

  • Lakukan senaman ini setiap kali anda duduk di lantai.

  • Jika sukar untuk duduk dalam posisi ini, sandar pada dinding dan alas setiap paha anda dengan bantal/kusyen.

Pelvic rock
dapat meregangkan otot-otot di bahagian bawah belakangdapat mengurangkan sakit belakang.

Kaedahnya:


  • KaedahPosisi diri anda dalam keadaan seperti merangkak.

  • Perut/belakang rata.

  • Naikkan perut/belakang anda seperti posisi kedua.

  • Tunggu beberapa saat.Rehatkan perut anda semula, ratakan kedudukan perut/belakang.

  • Ulang beberapa kali, sebaik-baiknya 10 kali.

Wall slide


  • Mencangkung semasa hampir bersalin dapat membantu membuka laluan dengan lebih cepat.

  • Tetapi ia agak meletihkan terutamanya tanpa latihan.

  • Cuba senaman ini sebagai latihan.


Kaedah:



  • Berdiri dan sandar belakang anda pada dinding.

  • Kangkangkan sedikit kaki anggaran jarak bahu anda.

  • Turunkan badan anda ke bawah (slide down) sehingga anda dalam kedudukan seperti duduk di atas kerusi.

  • Tahan beberapa saat.Naik ke atas semula.

  • Ulangi beberapa kali. 10 kali sebaik-baiknya.

  • Anda juga boleh melakukan senaman ini tanpa dinding.

No comments:

Post a Comment